« Campbell Ave, West Haven Connecticut | Main | Penantian »

Keindahan lukisan kehidupan

April 5, 2007                 4.50pm

Beach2 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua... Alhamdulillah aku dan Nadiah sihat walafiat.....dan diharap semua sahabat dan para pembaca semua juga berada dalam keadaan yang sama.... Beach3_1

Semalam genaplah usia aku 26 tahun (April 4).....dan dalam 26 tahun aku hidup ni di dunia ni...macam-macam dah aku lalui...macam-macam dah aku alami....suka-duka....pahit-manis.....semua itu merupakan corak serta ukiran dan warna yang kita gunakan untuk hasilkan lukisan satu kehidupan.... Bagi aku kehidupan di dunia ini merupakan lukisan yang besar..... warna-warna pelangi yang indah melambangkan keceriaan dan titik-titik hitam kedukaan yang mematangkan dan mengukuhkan diri seseorang dalam meneruskan kehidupan di dunia yang mencabar ini....adakalanya kita tersungkur.... terjatuh.... adakala kita melompat riang gembira dan tertawa....Apa yang penting... kita harus sentiasa kuat dan tabah dalam hadapi ada sahaja dugaan yang mendatang..... Mungkin ada yang beranggap aku terlalu mentah untuk mempersoalkan tentang kehidupan ini..... Tapi sekurang-kurangnya dalam usia sebegini dan setelah apa yang aku dah lalui...... membuatkan aku begitu menghargai kehidupan dan aku akan cuba menghasilkan satu lukisan yang indah bagi kehidupan ini.....Dan aku berharap agar lukisan yang aku hasilkan ini akan di tatapi oleh generasi aku yang akan datang....Insyaallah....

Inilah pertama kali aku manyambut hari lahir aku tanpa keluarga aku..... kalau tak...tiap-tiap tahun kami akan keluar makan bersama setiap kali tiba hari lahir setiap ahli keluarga aku....tapi kali ni.. hanya aku dan Nadiah sahaja.... Takde apa-apa yang menarik pon yang jadi semalam... Hari sebelum tuh aku kene kerja 2 shift... dari pukul 3 petang(April 3) sampai 7 pagi (April 4) ....hehhehe.... balik-rumah terus tido la jawabnya.... dan hantar Nadiah gi kerja pula lepas tuh.... dan sorang-sorang la aku kat rumah semalam.... hehhehe.....makan ngan layan TV je jawabnya... Terima Kasih kepada semua yang menghantar ucapan hari lahir dan kata-kata semangat kepada aku semalam....

Beach5 Kalau korang tengok gambar kat atas tuh... tuh sebenarnya gambar pantai di West Haven....dalam 1.5 kilometer dari rumah aku...aku tangkap gambar waktu dah nak maghrib ni... Tempat ni akan sesak masa musim panas nanti.... Selalunya ramai orang jogging dan main rollerblade masa tu....yang melepak dan mandi pon ramai.... Kehidupan disini lebih tenang berbanding di Massachusetts dulu... dan kami memang bersyukur sangat dapat pindah sini... Dulu duk sana nak bersosial pon takde sapa, waktu malam pulak dah sunyi....hehheh.... kat sini banyak aktiviti boleh buat... time malam pon tak pening....Bawahrumah2  Gambar ni pulak aku ambil dari luar pintu tangga nak naik ke apartment aku...  Apartment aku betul-betul atas kedai ni..... pagi-pagi agak sibuk disini... maklumla..duduk kat tengah-tengah downtown la katakan..... Senang dok sini... nak gi bank, pos office dan pasaraya dekat je... semua walking distance dari rumah aku. Dah 2 bulan aku di West Haven ni... dan mostly hampir semua orang melayu (Malaysia&Indonesia) disini aku dah jumpa. Mereka semua friendly dan suka menolong terutama orang baru seperti aku dan Nadiah ni... Terima kasih banyak-banyak kami ucapkan.... dan cerita pasal membantu ni..... Prelude 5 hari lepas aku dapat kereta lagi satu..... Dapat bukan beerti aku beli... tapi member aku, Adi bagi kereta Honda Prelude(1994) dia dekat aku... dia tak pakai kereta tuh dia cakap...sebab tuh dia bagi... terkejut dan tak percaya aku dengan masa mula-mula dengar apa yang dia cakap.... hehehhe.... Alhamdulillah... dah rezeki kami kat sini gamaknya... Syukur aku kepada Allah....Kalau kat KL dulu dok berangan je nak pakai kereta ni.....hehhee...mana mampu nak pakai..... Once dah register semua kereta ni senang la sikit kehidupan kami kat sini.. tak la macam terikat sangat aku bila nak cari kerja lagi satu nanti. Nadiah pon senang nak pergi kerja nanti, tak la harap aku atau orang lain untuk pergi atau balik kerja.

Insyaallah family aku akan sampai disini pada penghujung bulan May ni... Tak sabar aku nak jumpa mereka... dan tak sabar nak travel sama kat sini... sejak September tahun lepas aku kat sini.. takde peluang aku nak travel kat sini..... tengah struggle nak hidup la katakan... hehhehe.. dan alhamdulillah kehidupan kami dan semakin bagus sekarang. Aku plan nak sewa van dan travel sendiri... pakai map je... hehhehe... taknak aku amik travel pakej...nanti tak berapa free.. kene ikut group je... tak syok macam tu... Sekarang aku aku dan Nadiah tengah sibuk plan vacation trip kami... mana nak ikut..jalan mana nak pergi... state mana nak singgah...tempat mana nak tido...semua la...hehhehe...

Ok la beb....aku sambung lagi nanti...Aku tengah tunggu Nadiah habis kelas ni... kejap lagi habis la... Hingga jumpa lagi... Wassalam...

5.58pm

                            

Comments

Assalamualaikum..
hi, Haikal n Nadiah..
Pekabo korang? Harap sihat2 aje..
I think not so late for me to wish Haikal: 'Hepi Belated Besday', Semoga dpjgkan umur dan dimurahkan rezki.. Moga2 dipermudahkan segala urusan korang semasa diperantauan..

okla..kem slm Acu (Nadiah)

Daaa..

BRo....u remind me my time when i was in new heaven..kita org stay kat ocean avenue..nery nice place and i love it very much..did malay restaurant ada lagi tak..i forget the name anyway..wish u happy n best of luck..do contact me via esukasma@hotmail.com

Thank you yanie...heheh.. Mr Ahmad... saya ni new haven tak katam lagi...dok bz kerja je sekarang... hehehe.... tapi di new haven memang ada restoren melayu..nama dia Bentara...dan satu lagi di Warong selera di West Haven...

Post a comment

Post a comment

Name:

You are currently signed in as .