« 2500 Miles Trip!!!......Bahagian 1 | Main | 2500 Miles Trip!!!......Bahagian 3 »

2500 Miles Trip!!!......Bahagian 2

July 5th, 2007                                     12.47am

Assalamualaikum dan salam sejahtera..... Jumpa lagi kali ini...Soory la aku lambat sikit update story aku...laptop aku ada problem sikit ...baru je ok ni..takde masa aku nak betulkan...

Ok...hari kedua parents aku ada kat sini...aku bawak diorang pergi jalan-jalan kat area New Haven.... 5 minit je dari rumah aku.... kat sini aku bawak pusing-pusing je kat area New Haven...aku pon sebenarnya baru nak berjalan kat area sini...dah lebih 4 bulan aku dok West Haven..still tak berjalan kat New Haven...asyik dok kerja je..mana ada masa nak berjalan...hehehhe...

Kat New Haven ni corak jalan dia sama seperti bandar New York...Holidaytrip2007544  ada Street dan Avenue.....walaupun bandar ni jauh lebih kecil dari Manhattan...tapi town ni relax dan nadi bandar New Haven ni ialah Universiti Yale.....iaitu university ketiga paling top dalam USA ini.. fakulti-fakulti University Yale ni berselerak dalam bandar New Haven ni.....

Banyak waktu kitorang habiskan kat Yale ni... parents aku memang suka tengok banggunan lama-lama ni...tapi kene balik awal sikit sebab aku kerja malam hari tu.... 3 hari pertama parents aku kat sini memang aku kene kerja...Kalau ikutkan hati memang nak terus berjalan gak...tapi kene kerja jugak beb.... sapa nak bayar sewa rumah nanti.... bayar bil-bil semua nanti..hehhehe... tarak kerja... tarak gaji la beb....dan masa hari ketiga tuh parents aku rehat dekat rumah je sebab esoknya kami akan bermula kami punya Family Roadtrip!!!!....

Pada pagi hari keempat parents aku sampai kat sini aku iaitu kira-kira pukul 11.30 pagi...dalam lebih kurang 3 jam lebih selepas aku tido sebab aku kene kerja malam hari sebelumnya tuh....(balik kul 7 pagi beb)....aku dah dengar kecoh-kecoh dah...semua orang dah siap packing nak start berjalan....Nadiah pon dah siap amik SUV yang kami booking dulu....Aku plak yang dok mamai ni...bangun la mandi.....pastuh sambung tido dalam kereta...tak larat lagi nak drive sebab tak cukup tido...

Kitorang start berjalan pada pukul 12.30 tengahari.... dan hentian pertama kami dalam roadtrip ni ialah Kittery, Maine....iaitu kira-kira 311 kilometer dari rumah aku...Perjalanan kali ini mengambil masa 4 jam untuk tiba..... Semua orang excited dengan roadtrip ni...  terutama aku dan Nadiah la....mana taknya... dah dekat setahun kami kat sini... ni la first time nak makan angin.... dapat la releasekan semua tension yang terkumpul dalam badan ni...hehehhe.....

Maine20200420002 Alhamdulillah kami selamat sampai ke hentian pertama kami... dan State Maine ni memang popular dengan keindahannya terutama kawasan-kawasan berhampiran laut...Disini korang boleh tengok bandar-bandar pelabuhan yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional dari segi struktur banggunan dan lobster ataupun udang galah merupakan makanan yang popular disini... Tidak sah kalau korang datang sini dan tak makan lobster kat Maine....dan bagi mereka yang suka shopping....kat sini ada satu factory outlet yang terbesar di New England....dipanggil Maine Outlet.....macam-macam brand ada kat sini...murah2 pulak tuh....sempat gak la bapak aku sambar baju Polo sehelai dua dan tau-tau aku aku nampak mak aku bawak 2 kotak set corelle....huhuhuh..... Aku tinggal kejap parents aku kat outlet ni sebab aku dan Nadiah nak kene setelkan bilik hotel yang kami sewa....hehehhe..... Malam tuh pulak....lepas mandi semua... kitorang gi makan lobster kat satu restoren yang boleh dikatakan popular dengan masakan udang galahnya...dan dari segi harga makanan..boleh dikatakan berpatutan...tak sampai 80 dolar pon kitorang makan malam tuh.....

Ok la...sampai sini saja buat kali ni..aku dah ngantuk giler ni... Pada bahagian ketiga nanti..aku akan story plak apa yang apa yang jadi semasa perjalanan kami menuju ke Boston....hingga jumpa lagi...Wassalam...

2.40am

                            

Comments

Post a comment

Post a comment

Name:

You are currently signed in as .